Pages

Tuesday 8 April 2014

G.A.G.A.L.

Assalamualaikum.
Lama tak post entry. Penuh sawang. Rajin saya ni macam air laut. Ada pasang surut T.T

Malam ni rasa tak mengantuk lagi. Nak cerita kecewa bila kek kita buat tak menjadi. Kuchiwaaaa amaaatttt. Tapi selalunya saya part tak menjadi ni (dalam hal masak2) bukan pada kali pertama buat! Mesti time kali 2-3 atau bila2 seterusnya la dia nak jadi.

Kita ni kadang confident la kan. Buat 1st time jd. Heeee
Buat 2nd jadi. Bila kali seterusnya tak jadi.... Arghhhhh

Tapi takpe. Pujuk hati. Ni pengajaran, bukan bermakna tak pandai. Tapi kita jadi tahu pantang larang dalam buat kek secara PRAKTIKAL hehehe (ayat pujuk diri sendiri). Ye la kan orang lain masuk U, masuk kursus, kelas etc br jd terer buat kek. Kita ni takat belajar on9 mesti la lagi banyak tak tahu kan kan ngeeee :D

Chaiyok chaiyok che'ma!

Monday 3 March 2014

Kek Karot Moist

Assalamualaikum.
Siaran asyik tertunda je saya ni. Sebenarnya ada beberapa entry yg masih di draft beberapa hari tak siap-siap hehehe
Hari ni nak cerita pasal kek karot yang sedap sangat. Tak susah sangat nak membuatnya. Yang penting, nak kukus pun boleh walaupun resepi asalnya bakar :D
Resepi ni saya ambil dari blog kak Azie. Boleh klik SINI untuk tengok resepi. Sedap sangat sampai berebut-rebut dengan suami bila makan. Hehe... Ini kali ketiga saya buat kek karot tapi kali ke dua menggunakan resepi ini. Rasanya hasil makin improved walaupun ada cacat celanya. Yela kan baru nak berjinak-jinak dalam bidang baking ni :D

Terima kasih sahabat gila-gila semasa di UTM, Intan Farhana Idris, suami dan anak jepun mereka sebab sudi bertandang rumah buruk kami :p
Tak boleh lupa kenangan dulu-dulu. Kadang-kadang rindu sangat. Makan bersama, berebut. Tidur sebantal, sekatil, selantai. Merempit sama-sama (Tak padan dengan imej muslimah. Muslimah la sangat kan hahaha) RSK dalam kenangan :')

Si Intan ni request nak makan kek karot sebab saya asyik share kat grup wassap kami gambar-gambar kek karot yg saya buat. Dia ni memang mengada-ngada sikit. Hahaha... Tapi takpa sebab saya pun mengada-ngada jugak request macam-macam masa saya ziarah rumah dia hari tu. Dapat la makan ikan tenggiri asam pedas dan rendang ayam N9 style. Tapi sedih tak dapat makan kek keju leleh sebab kebetulan mixer dia rosak. Tak ada rezeki namanya kan.

Kek dirasmikan sebelum tetamu. datang hahaha :p

Wednesday 26 February 2014

Application untuk blogger

Assalamualaikum.

Makkk aihhh dah berkurun buat blog ni tapi tak pernah update lepas entry yang pertama. Hehe malu betul. Tapi tak ada la lama sangat kan. Baru je buat blog ni 14 Februari lepas hihihi.

Sebenarnya dah lama nak beli laptop untuk kegunaan sendiri dan family. Laptop yg ada cuma kepunyaan company suami. Segala mak datuk gambar-gambar baby yg di snap menggunakan fon, semua letak dalam laptop tu. Saya pulak mula minat nak berblogging jadi kami fikir kenalah beli laptop kan.

Kebetulan adik ipar saya nak beli laptop baru. Laptop lama dia rosak (tapi tak lama sangat), dia hantar kedai utk baiki dan kami buat keputusan nak beli lah sebab belum ada rezeki lagi nak beli laptop baru.

Maka terhasillah blog ni dan entry pertama lepas dapat laptop. Semua gambar daripada fon sumbat dalam tu. Lepas 2-3hari pakai tiba-tiba jammed. Skrin jadi gelap pulak. Nanges edenn T.T

Alih-alih tak jadi la nak beli. Tapi laptop tak pulang lagi hahaha. So sampai sekarang tak update blog. Bila suami balik kerja malas sangat nak godek-godek laptop dia. Hehe alasan (--,)

Jadi hari ni tergerak hati nak search/gugel application for blogger. Alhamdulillah dah jumpa dan install terus. Gembira. Girang. Ha ha ha

Terima kasih pada blogger berkenaan. Saya dah lupa blog apa tadi. Halalkan ilmu anda ya. Pada blogger yg baru merangkak macam saya ni, boleh search kat Playstore, APPLICATION FOR BLOGGER.

Malu. Jauh ketinggalan dalam teknologi ni. Hihihi

FYI, entry ini ditaip menggunakan smartfon (>_<)v