Pages

Wednesday, 26 February 2014

Application untuk blogger

Assalamualaikum.

Makkk aihhh dah berkurun buat blog ni tapi tak pernah update lepas entry yang pertama. Hehe malu betul. Tapi tak ada la lama sangat kan. Baru je buat blog ni 14 Februari lepas hihihi.

Sebenarnya dah lama nak beli laptop untuk kegunaan sendiri dan family. Laptop yg ada cuma kepunyaan company suami. Segala mak datuk gambar-gambar baby yg di snap menggunakan fon, semua letak dalam laptop tu. Saya pulak mula minat nak berblogging jadi kami fikir kenalah beli laptop kan.

Kebetulan adik ipar saya nak beli laptop baru. Laptop lama dia rosak (tapi tak lama sangat), dia hantar kedai utk baiki dan kami buat keputusan nak beli lah sebab belum ada rezeki lagi nak beli laptop baru.

Maka terhasillah blog ni dan entry pertama lepas dapat laptop. Semua gambar daripada fon sumbat dalam tu. Lepas 2-3hari pakai tiba-tiba jammed. Skrin jadi gelap pulak. Nanges edenn T.T

Alih-alih tak jadi la nak beli. Tapi laptop tak pulang lagi hahaha. So sampai sekarang tak update blog. Bila suami balik kerja malas sangat nak godek-godek laptop dia. Hehe alasan (--,)

Jadi hari ni tergerak hati nak search/gugel application for blogger. Alhamdulillah dah jumpa dan install terus. Gembira. Girang. Ha ha ha

Terima kasih pada blogger berkenaan. Saya dah lupa blog apa tadi. Halalkan ilmu anda ya. Pada blogger yg baru merangkak macam saya ni, boleh search kat Playstore, APPLICATION FOR BLOGGER.

Malu. Jauh ketinggalan dalam teknologi ni. Hihihi

FYI, entry ini ditaip menggunakan smartfon (>_<)v

Friday, 14 February 2014

Happy Blogging to Myself

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya saya buat keputusan untuk berblogging hehe
Macam tak percaya je sebab saya masa universiti dulu memang tak suka berblogging ni. Tak suka sebab saya fikir tak ada apa nak dikongsi dengan orang lain. Kisahnya kebelakangan ni suka sangat cari resepi dalam blog lepas tu try and error masakan baru. Bila dah buat tu saya suka share balik kat facebook. Tapi kalau kita share kat facebook, susah sikit kita atau orang lain nak rujuk balik. Kan3 hehehe

Macam-macam lagi ni tak tahu ilmu blog. Banyak lagi kena belajar. Terima kasih Encik Suami sebab tolong buatkan blog ni. Terharu!!! Hehehe

Semoga blog ni bermanfaat untuk diri saya dan orang lain insyaAllah. Amin.

Happy blogging to myself.